Friday, 30 September 2011

Kertas Kerja Permainan Kecil


NAMA IPG :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PERLIS

NAMA JABATAN :
JABATAN PENDIDIKAN JASAMANI DAN KESIHATAN

SESI DAN TAHUN :
SESI 2011 – 2014

NAMA KURSUS :
PERGERAKAN ASAS

KOD KURSUS :
PJM3102

KOMPONEN :
PERMAINAN KANAK-KANAK

AHLI KUMP :
SHAHAIZOL BIN SHAHARAL
MOHD AKHMAL BIN FISAL
NORA BT MUSTAPA
NORSYABIHA BT MAHIDEN PITCHEY

KUMP :
PPG PJK (A)

PENSYARAH :
PN. LILY ROZITA BT. MOHAMAD

Isi kandungan :

  1. Nama permainan


  1. Kategori


  1. Rasional


  1. Objektif


  1. Panduan pelaksanaan

5.1) Jawatankuasa

5.2) Senarai nama pemain

5.3) Senarai semak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan.

5.4) Senarai alatan (berganbar)

5.5) Prosedur pelaksanaan
5.5.1 Pelan / gambarajah permainan
5.5.2 Langkah-langkah pelaksanaan permainan
5.5.3 Peraturan dan syarat-syarat permainan

  1. Rumusan
1. Nama permainan : ”Sharp shooter”


2. Kategori : Sasaran


3. Rasional :

            Pada kahir penyediaan kertas kerja ini, kumpulan kami dapat membina satu contoh ketas kerja permainan kanak-kanak yang lengkap. Selain itu kami juga memperolehi dan mendalami apek permainan kanak-kanak yang lebih mendalam berdasarkan kepada TGFU yang dihasilkan oleh Bunker  and Thorpe. Selain itu penyediaan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk membina satu contoh permainan kanak-kanak yang lengkap dari segala aspek. Kertas kerja permainan kanak-kanak bagi kategori sasaran ini adalah bertujuan membentuk satu contoh permainan yang meliputi kaedah permainan, prosedur pelaksanaan serta peraturan permainan agar ianya boleh didokumentasikan serta menjadi contoh atau bahan rujukan pada individu ataupun kumpulan-kumpulan lain pada masa akan datang.


4. Objektif :

            Terdapat beberapa objektif utama pelaksanaan kertas kerja permainan kanak-kanak ini, antaranya ialah :
  1. Meningkatkan pemahaman tentang prosedur Bunker and Thorpe.
  2. Membentuk satu permainan baru bagi kategori sasaran.
  3. Meningkatkan lagi pemahaman tentang permainan kanak-kanak bagi kategori sasaran.
  4. Meningkatkan penguasaan minda untuk membentuk peraturan pertandingan.
  5. Memupuk sikap berkerjasama dalam kumpulan.
  6. Memupuk rasa tanggungjawab dengan tugasan yang diarahkan.


5. Panduan pelaksanaan :

5.1) Jawatankuasa

Pengelola                              : En. Shahaizol Bin Shaharal
Pengadil                                : En. Mohd Akhmal Bin Fisal
Pengurus peserta                : Pn. Nora Bt. Mustapa
Alatan                                    : Pn. Norsyabiha Bt. Mahiden Pitchey

5.2) Senarai nama pemain

  1. Azwira Bin Abu
  2. Fadhli Bin Arfanuddin
  3. Mat Saad Bin Osman
  4. Mohd Yunus Bin Baharuddin
  5. Mohd Zulkefle Bin Saari
  6. Nor Rasyizan Bin Rejab
  7. Ku Mansor Bin Ku Hamid
  8. Mohd Nazrol Bin Ismail
  9. Zulkifle Bin Tuan Ismail
  10. Pannirselvam A/L Ramasamy
  11. Rashedah Bt Mat Darisah
  12. Nazril Hasina Bt. Ahmad
  13. Intan Dzuhailah Bt. Dzulkefle
  14. Fairuzah Bt. Ahmad
  15. Vasanthi AP Arumugam
  16. Mazlipah Bt. Salleh
5.5.1     Langkah-langkah pelaksanaan permainan

  1. Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B, 8 orang setiap kumpulan, yang terdiri daripada bilangan lelaki dan perempuan yang sama ramai.
  2. Kawasan permainan adalah 20m lebar dan 40m panjang.
  3. Jarak dari kon ke kon adalah sejauh 5m.
   iv.        Masa permainan adalah selama 5 minit bagi setiap kumpulan.
    v.        Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan lengkap.
   vi.        Permainan dijalankan secara timbal balik.
  vii.        Sistem permarkahan :
a.    pasukan yang dapat menyiapkan susunan huruf ’TARGET’ dalam masa yang singkat.
b.    pasukan yang berjaya mengumpul huruf yang paling banyak.
  1. Kump A akan beraksi sebagai penyerang yang akan menyusun huruf menjadi perktaan TARGET.
  2. Kumpulan B pula akan menjadi penghalang kepada kumpulan A dengan membaling mereka menggunakan bola lembut.
5.5.3 Peraturan dan syarat-syarat permainan

  1. Sekiranya kumpulan A yang melakukan larian maka kumpulan B yang akan
  2. melakukan halangan dan begitu jagalah sebaliknya.
  3. Pemain kumpulan A akan berlari melintasi garisan merah untuk k papan target.
  4. Pemain kumpulan A boleh berlari secara individu ataupun berpasangan.
  5. Pemain seterusnya dari kumpulan A boleh meneruskan permainan sekiranya rakan di hadapan sudah sampai ke papan target.
  6. Pemain kumpulan B pula akan menghalang kemaraan pemain kumpulan A dengan membaling bola lembut kepada mereka.
  7. Balingan hanya boleh dibaling kepada sasaran dari bahagian pinggang ke bawah sahaja, balingan melepasi paras pinggang dianggap tidak sah.
  8. Balingan secara berpasangan ini boleh dilakukan secara berulang kali.
  9. Sekiranya pemain kumpulan A terkena bola yang dibaling oleh kumpulan B maka dia terkeluar dari permainan.
  10. Pemain kumpulan A boleh berhenti di zon selamat di garisan yang berwarna biru untuk berehat atau mengatur strategi.
  11. Pemain kumpulan A boleh bergerak bebas dalam kawasan permainan selagi dia tidak menyentuh bola.
  12. Sekiranya Pemain kumpulan A samapi ke papan sasaran maka setiap seorang hanya boleh mengambil 1 kad huruf dan menyusun menjadi perkataan Target.
  13. Pemenang ditentukan melalui 2 cara :
1)    kumpulan yang dapat melengkapkan susunan huruf dalam masa yang paling singkat.
2)    Kumpulan yang dapat mengumpulkan paling banyak huruf dalam masa yang diberikan.



6.Rumusan

Permainan kanak-kanak merupakan satu elemen penting dalam pendidikan jasmani dan perlu diberi penekanan kepada murid sejak dari peringkat rendah lagi. Oleh yang demikian kertas kerja ini merupakan salah satu contoh membina satu permainan yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Kertas kerja yang berkategori sasaran ini telahpun dilengkapi dengan satu contoh permainan yang mengandungi segala sub topik seperti alatan yang digunakan, kaedah pelaksanaan serta peraturan permainan. Pengajaran sewajarnya mempertimbangkan pembentukan atau susunan yang sesuai bagi kanak-kanak supaya ia menjadi panduan yang baik terhadap pembelajaran pergerakan yang telah ditentukan itu. Ini penting kerana pembentukan yang berbeza diperlukan dalam setiap pergerakan seperti lokomotor, bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif yang mana akan diadaptasi didalam kehidupan seharian. Maka dengan itu, dari kertas kerja seperti inilah terhasilnya contoh permainan kanak-kanak yang menyeronokkan serta menitikberatkan aspek yang diuji.

Add caption


 

No comments:

Post a Comment